Thursday, February 18, 2010

salam segala salam

Saya, Nur Syatirah Bt. Shuib,Naib Presiden Akademik & Diplomatik, UMS..pljr thn 2, Teknologi Makanan & Bioproses..Org Baling, Kedah..

Ini adalah pengenalan krts krja prtandngn inovsi saya..

Bagi merealisasikan visi dan cita-cita Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke arah Universiti Penyelidikan dan Inovasi, maka kami selaku pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 berhasrat untuk mengadakan satu program inovasi yang mampu merealisasikan amanat Yang Berbahagia Naib Canselor UMS, Brig. Gen. Profesor Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon untuk menjadikan UMS sebagai Universiti Penyelidikan dan Inovasi sebelum tahun 2013. Sebagai pimpinan kampus, adalah menjadi satu kemestian untuk kami membantu pihak pentadbiran UMS ke arah merealisasikan impian bersama.
Program yang dinamakan sebagai “Simfoni Konvensyen Inovasi Mahasiswa” ini akan disertai oleh semua warga UMS. Dua pertandingan akan diadakan sepanjang program berlangsung. Satu pertandingan inovasi antara mahasiswa akan diadakan dengan pembukaan gerai jualan produk makanan atau persembahan teknologi. Kedua, pertandingan inovasi antara tiga belas kumpulan pelajar mewakili semua sekolah di UMS dengan dibantu oleh pensyarah daripada sekolah masing-masing. Keputusan akan dinilai berdasarkan nilai kreatif dan inovatif yang terdapat pada produk atau teknologi yang dihasilkan.
Mahasiswa haruslah menjadi target utama dalam usaha mencapai impian murni yang kita harapkan kerana generasi muda inilah yang bakal memimpin negara suatu hari nanti. Mahasiswa perlu dicungkil bakat dan kelebihan yang ada agar mampu menerobos potensi diri dalam memberikan sumbangan ke arah cita-cita murni ini. Program ini juga bertujuan mencungkil bakat inovatif yang ada pada diri mahasiswa. Ia juga akan menjadi medan bagi mahasiswa menyuarakan pandangan dan idea mereka tentang produk dan teknologi yang mereka hasilkan.
Wakil pelajar daripada sekolah yang memenangi pertandingan inovasi ini akan bertanding ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan selepas itu. Maka, di sinilah medan perjuangan bagi mahsiswa UMS menonjolkan bakat yang telah sekian lama terpendam agar dapat sama-sama bangun membantu merealisasikan impian bersama.

No comments:

Post a Comment